Tuesday, August 12, 2008

Hari Ulangtahun..


ISNIN 11 OGOS 2008
HARI ULANGTAHUN KE??..

Pada 11 Ogos 2008 bersamaan hari Isnin, maka genaplah si dia kesayangan aku tu(itu je yang aku ada) menjangkau umur setahun..Selama setahun berbagai-bagai suka dan duka telah aku hadapi bersama-sama dengan si dia ni..memang banyak..tahun 2007 apabila aku mula memiliki hatinya,bermulalah kisah gembira dan diakhiri dengan duka..pelik,tapi itulah hakikatnya..syukur,setelah sekian lama aku idam-idamkan si dia aku ni,tuhan makbulkan jugak harapan aku untuk memilikinya..sebenarnya si dia yang aku miliki ni adalah daripada angan-angan mat jenin zaman sekolah dulu lagi..aku takut jugak jikalau aku tak dapat lagi melihat si dia ni..Alhamdulillah,bila da start keja aku pun mula la simpan duit skit-skit..detik bersejarah aku bermula apabila aku berjaya jugak memikat si dia di Kuala Lumpur.Detik pertemuan aku ni telah di atur oleh kawan aku masa tu..dia ni la banyak memberikan aku pandangan tentang si dia ni..pada 11 Ogos 2007,aku selamat menemui jodoh aku dengan si dia..macam tak percaya kerana angan-angan mat jenin sekolah dulu kini bertukar menjadi kenyataan..skarang si dia berada di depan mata..aku jaga dengan baik..maklumlah bila dah dapat apa yang di hajat..Masa berlalu begitu pantas..pejam celik dah masuk tahun 2008..Alhamdulillah kerana si dia tak mendatangkan masalah kepada aku..

Akan tetapi,ketika si dia dalam keadaan yang baik dan sihat,si dia kesayangan aku perlu mendapatkan rawatan yang boleh dikatakan berisiko tinggi..aku tiada pilihan..aku hanya berserah ketika pembedahan jantung dilakukan ke atas si dia..sayu dan sedih apabila aku dibenarkan melihat sendiri pembedahan itu dijalankan..aku dapat rasakan masa aku bersama-sama dengan si dia begitu singkat sehinggalah hari pembedahan ini..ia dijalankan di sebuah negeri di utara..aku sedikit terubat apabila dikhabarkan terdapat ramai pakar yang akan mengendalikan pembedahan ini..aku pasrah lagi..Alhamdulillah kerana tiada apa yang tidak diingini berlaku..

Setelah sebulan lebih masa berlalu,keadaan si dia lebih bertenaga..terus terang aku katakan aku lebih suka dengan tenaga yang dimiliki oleh si dia berbanding dulu..kini aku bersama dengannya lagi..walaupun aku banyak membelanjakan duit ke atas si dia,aku rasa berbaloi jugak..kadang-kadang terpikir jugak untuk lakukan pembedahan sekali lagi ke atas si dia,mesti tenaganya akan lebih lagi..mustahil..risiko dan duit..faktor yang aku kena pikirkan..

Semalam.genaplah hari ulangtahun kami yang ke setahun(betul ke ni)..tak ada apa-apa yang istimewa aku lakukan terhadap si dia..cukup sekadar membelai-belai kepalanya..aku cuma belikan si dia air saja..itulah yang aku mampu..aku mandikan si dia..kini,si dia lebih kelihatan ceria dan cantik..aku tetap sayangkan si dia...

Tamatlah ceritera aku bersama-sama Si Dia-->Sebuah KERETA.... <-- [Ini La Si Dia]

Banner Maker

No comments: